MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

FALSAFAH PERUBATAN HOMOEOPATI

MUKA DEPAN

 

Konsepsi falsafah yang diajar oleh Dr. Samuel  Hahnemann adalah berbeza daripada konsepsi Barat yang meletakkan landasan sains terapeutiknya berasaskan patologi, bakteria,  penemuan-penemuan,   teori-teori antitoksik dan seumpamanya. Sebaliknya, beliau mendasarkan permasalahan penyakit dan kesembuhannya kepada  prinsip vital force yang berperanan memberikan  tenaga  kehidupan kepada tubuh  manusia  di mana perkaitan dengan penawarnya ialah keserupaan-semboyan.

            Buku “Organon of Medicine” atau yang disebut sebelum ini sebagai  The  Organon of the Healing Art  merupakan  sumber rujukan  yang paling autoritatif dalam  mengamal  homoeopati.  Berdasarkan  buku  inilah asas falsafah  dan  prinsip-prinsip amalan  perubatan homoeopati diterima-pakai dan  dikembangkan ke seluruh dunia.

 

PENGENALAN KEPADA FALSAFAH KESEMBUHAN

            Falsafah  kesembuhan homoeopati telah dinyatakan  secara terang di dalam para 1 Organon, iaitu:

            “The physician’s high and only mission is to restore the sick health, to cure as it is termed.”

Yakni: setinggi-tinggi dan satu-satunya tugas doktor itu ialah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki.

            Sementara tentang caranya di terangkan di dalam para 2, Organon sebagai berikut:

            Cara penyembuhan yang paling ideal ialah mengembalikan  kesihatan dengan jalan yang  cepat,  lemah-lembut dan  berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara  keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat  dipertanggungjawab  serta  paling  tidak memudaratkan  menurut  kaedah  yang ma’kul.” 

            Di  dalam  hal ini, jalan yang  ‘cepat’  (rapidly)  yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann ialah “tanpa penangguhan  yang tidak  perlu, merugikan masa dan wang”…………………………

 

(mukadimah Bab 2)

Mohamed Hatta Abu Bakar, 1997.  Perubatan Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.