MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

RINGKASAN FARMASI DAN

TATACARA PEMBERIAN PENAWAR

MUKA DEPAN

 

 

DOSEJ DAN POTENSI

 

Istilah  posology  bermaksud  sains  atau  ilmu  tentang pemberian  penawar kepada pesakit.  Dos ialah jumlah  penawar yang  diperlukan  untuk memberi kesan ke  atas  tubuh  samada tubuh  itu  berada  dalam keadaan sakit  atau  sihat.   Dalam homoeopati,  yang  lebih utama lagi daripada  kuantiti  ialah kekerapan mengulang penawar.

            Penawar-penawar homoeopati biasanya boleh  didapati di dalam lima bentuk:

a.   Cecair

b.   Globul/pil

c.   Disket, blanket

d.   Debu (powder),dan

e.   Lotion, ointment, krim (untuk aplikasi setempat).

            Dari segi pengambilan penawar, terdapat beberapa klasifikasi  utama dosej farmakologi yang dikenali dalam  ilmu perubatan homoeopati.  Antara yang penting ialah:

1.      Dos maksimum

         -  Iaitu pengambilan penawar dalam kuantiti yang banyak atau maksimum, tetapi umumnya menganggap ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia.  Biasanya ia dirujuk kepada dos allopati.

2.      Dos fatal

         -  Dos fatal ialah dos yang memberi kesan toksik seperti narkotik.  Pengambilan sebanyak ini boleh mengakibatkan semboyan-semboyan toksik atau membawa kematian.

3.      Dos homoeopati

         - Ini merupakan dos yang telah dipotentaiskan.  Tiada kesan sampingan atau toksik timbul akibat pengambilan pada peringkat ini.  Tetapi kadang-kadang kemelaratan boleh berlaku.

4.      Dos minimum

         -  Ini ialah kuantiti minimum penawar potentais homoeopati yang boleh mempengaruhi kuasa hayat.  Ia cukup  untuk memberikan kesembuhan yang diperlukan tanpa mengakibat kan kemelaratan.

            Dalam  homoeopati, penawar yang dirujukkan  ialah  dalam dos  yang telah diperkecilkan.  Justeru itu ia jarang,  malah tidak  diberi dalam bentuk mentah (crude form)  atau  titikan ibu  (mother tinctures).  Penawar-penawar  yang  diperkuatkan kuasa (potentise) atau berpotensi disediakan mengikut  aturan………

(mukadimah Bab 3)

Mohamed Hatta Abu Bakar, 1997.  Perubatan Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.