MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
Terbaik daripada Konsultan HBI |
HOMEOPATI
DAN ISLAM
| |
MUKA DEPAN |
PENGENALAN Perubatan adalah satu aspek yang tidak boleh dipisahkan dalam Islam. Hal ini telah dijelaskan dalam sirah RasuluLlah dan ajaran Islam yang maha suci. Salah satu hadis RasuluLlah s.a.w. riwayat Imam Muslim ada menerangkan, iaitu: “Setiap penyakit ada ubatnya, jika tepat ubatnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.” Dengan itu nyatalah hadis ada menyuruh dan menganjurkan ummatnya berubat. Daripada hadis di atas juga, dapat disimpulkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga pengajaran yang boleh dijadikan renungan. Pertama: Kalau ada penyakit mesti ada ubatnya. Dan ini dijelaskan oleh hadis riwayat Ahmad, “Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit, kecuali Dia telah menurunkan pula ubatnya, melainkan ubat kelemahan kerana tua.” Kedua: Pemilihan
ubat mesti
tepat dengan
penyakit. Persoalan
bagaimanakah rupa ubatnya, sistem mana yang
terpakai, atau dari manakah sumber ubat tersebut adalah suatu
hal yang lain. Ketiga: Ubat-ubat yang dipilih itu tak semestinya menyembuhkan. Pesakit itu akan sembuh hanya dengan izin Allah s.w.t. Perkara ini mungkin di luar bidang sains. Tetapi telah banyak berlaku fenomena-fenomena yang tidak dapat diterangkan oleh sains moden. Hanya ahli sains yang beragama memahami perkara ini dan menerima hakikatnya. Umat manusia, khususnya umat Islam, tahu bagaimana pisau yang tajam itu tak semestinya melukakan. Ini dicontohkan berlaku dalam peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s. oleh Nabi Ibrahim a.s. serta dalam ceritera-ceritera ilmu persilatan. Api tidak seharusnya membakar sifatnya jika dikehendaki oleh yang Maha Kuasa. Cerita inipun tersebut di dalam al-Qur’an apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintah bakar hidup-hidup oleh Namrud. Sedangkan mengikut hukum aqal, badan yang dihiris oleh pisau patut luka dan apabila dibakar harus hangus rentung. Pengajaran utama kejadian di atas dalam ilmu perubatan dapat jelas difahami. Iaitu tidak harus ada mana-mana satu sistem rawatan yang wajar membuat pengakuan bahawa ianya paling sempurna atau dapat menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Justeru…………….. (mukadimah
dan petikan Bab 7) | |
Mohamed
Hatta Abu Bakar, 1997. Perubatan
Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.