MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
Terbaik daripada Konsultan HBI |
BAHAGIAN
2: PENAWAR HOMEOPATI
| |
MUKA DEPAN |
ALLIUM
CEPA (Red Onion) Allium Cepa tidaklah begitu popular seperti Allium Sativum dalam perubatan herba. Di dalam homeopati, ianya me-rupakan antara penawar penting kerana kesannya yang jelas terhadap kataral, mata, hidung dan larinks. Tetapi kesannya kurang nyata ke atas trek usus. Tinktur homeopati di-sediakan daripada bawang merah biasa. Dr. Boericke menyatakan gambaran Allium cepa ditunjukkan oleh koriza yang disertai simptom-simptom laringial dan discaj hidung yang menusuk pedih, rembesan mata hambar; sejuk biduanita melarat dalam bilik hangat dan menghala ke petang; tetapi lega pada udara lapang. Pesakit tidak tahan dalam cuaca sejuk dan lembap. Sakit saraf seperti benang halus, berikutan pemotongan atau kecederaan pada saraf. Radang saraf kronik akibat trauma. Juga bila terdapat simptom membakar dalam hidung, mulut, kerongkong, pundi kencing dan kulit. Rasa seperti panas membahang ke atas bahagian-bahagian tubuh yang berlainan. Minda.
Keliru dan selalu lupa kerana tumpuan pada kerja di tengahari, selepas minum
wain atau kopi. Kegelisahan yang
tidak dapat diceritakan dan kecemasan menyertai sakit pada abdomen. [Ars.]……. Kepala. Sakit kepala berkataral, kebiasaanya di dahi; melarat di dalam bilik yang panas sewaktu hampir petang. Sakit seperti dicucuk benang di dalam muka. Sakit kepala hilang semasa haid; datang kembali apabila pengaliran haid berhenti. Mata. Merah. Sangat panas membakar dan lakrimasi memeritkan. Sensitif kepada cahaya. Mata berair dan digenangi……… 28… (mukadimah
Bahagian 2: Penawar [Materia medika] Homeopati Pilihan | |
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.,
2000.
Penawar Homeopati Pilihan – Banting: HBI Health & Homoeopathy
Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.