MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

BAHAGIAN 1: SEJARAH PENGGUNAAN HERBA

SEBAGAI RAWATAN PERUBATAN

MUKA DEPAN

Penggunaan herba sebagai satu rawatan bermula sejak manusia hidup secara primitif lagi. Berdasarkan pengalaman cuba-cuba jaya, mereka dapat mengenali yang mana satu tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, yang mana baik untuk penyakit, dan tumbuhan mana yang boleh membawa kesan racun dan kematian. Berdasarkan rekod bertu­lis, pengajian herba dikatakan bermula sejak tamadun Sumeria iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

 ZAMAN PURBA

Antara kejayaan-kejayaan awal dalam perubatan herba boleh dilihat dalam sejarah Mesir purba. Ramuan-ramuan mengenai presk­ripsi perubatan yang digunakan oleh para pawang di Mesir boleh ditemui dalam papyri perubatan (medical papyri) yang disusun antara tahun 1500 hingga 1000 sebelum Masehi. Ramuan-ramuan ini diambil daripada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan di mana di antaranya ada yang mengandungi khasiat-khasiat perubatan yang diakui oleh perubatan herba moden. ………………       

 ……HERBA DAN KELAHIRAN HOMEOPATI

Penemuan sistem rawatan homeopati adalah tepat pada masa­nya. Orang yang bertanggungajawab membangun sistem tersebut ialah Dr. Samuel Hahnemann. Beliau merupakan seorang doktor lulusan University of Erlangen, Bavaria (University of Leipzig merupakan universiti di mana beliau mula belajar - pen.). Meski­pun Dr. Hahnemann telah ber-keluarga dan mempunyai reputasi yang baik dalam bidang kimia dan perubatan, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan praktik perubatan alopati yang dipandangnya tidak berperikemanusiaan. 

            Beliau menulis kepada rakannya: “Ianya mengazabkan bagi saya untuk terus berjalan dalam kegelapan, apabila saya terpaksa menyembuhkan dan mempreskripsi pesakit menurut hipotesis itu dan ini..... mengenai penyakit, bahan yang tercatat di dalam Materia Medica mengikut keputusan yang wewenang..... Tidak lama selepas per-kahwinan saya, saya meninggalkan amalan perubatan, agar saya tidak lagi mengambil risiko melakukan kerosakan, dan kini saya terlibat secara khusus dalam kimia dan dalam kegiatan penulisan.”

            Sewaktu beliau menterjemah buku Materia Medica yang ditulis oleh Professor Cullen daripada London University  beliau tertarik dengan penerangan Cullen setebal 20 muka surat  mengenai  petunjuk  terapeutik  herba  Cinchona  atau    ……………

……….KEJAYAAN HOMEOPATI DALAM PERUBATAN

DAN PENGGUNAAN BAHAN HERBA

Sebenarnya kaedah penggunaan penawar dalam dos yang diperkecilkan merupakan penemuan paling besar dalam sejarah perubatan. Berbeza daripada kaedah persediaan penawar herba, semua penawar homeo­pati harus melalui tiga proses yang berasingan sebelum sampai ke tahap yang dikehendaki bagi tujuan rawatan:

Pertama:  Penyediaan ibu larutan (mother tincture). 

Iaitu di mana bahan yang larut…………

(mukadimah Bah.1: Sejarah Penggunaan Herba)

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.,  2000. Penawar Homeopati Pilihan – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.