MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

ALERGI

MUKA DEPAN

Alergi atau alahan ialah suatu gangguan pada tubuh yang menjadikannya teramat sensitif  terhadap antigen-antigen tertentu. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen. Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami alergi sejak lahir atau dalam proses dia membesar.

          Kanak-kanak yang alah kepada sesuatu bahan memerlukan perhatian ibu bapa mengenai bahan-bahan yang menjadi alergen. Bahan-bahan itu mungkin terdiri daripada makanan seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau ubat dadah tertentu yang diberikan untuk merawat kanak-kanak berkenaan. Ini termasuk sesetengah antibiotik, seperti penisilin dan tetracycline.

          Sesetengah kanak-kanak mengeluarkan reaksi yang melampau terhadap debu, asap, bulu binatang atau udara tercemar. Ini dapat dilihat dalam sesetengah jenis asma atau penyakit saluran pernafasan. Begitu juga, ada kanak-kanak yang sensitif dengan debunga dan bahan-bahan kosmetik tertentu.

Lazimnya tanda-tanda alahan segera dapat diperhatikan  sebaik sahaja seseorang itu terdedah kepada bahan yang menimbulkan alergi. Gejala-gejala itu berbeza di antara kanak-kanak. Ada kanak-kanak menghadapi masalah sensitif di bahagian kulit. Lalu bayi atau kanak-kanak tersebut mudah mengalami ruam kulit, gatal-gatal, bersin atau berair hidung. Kadang-kadang hidung teruk berhingus dan mata bengkak.

Ada kanak-kanak yang hipersensitif mengalami batuk, gatal-gatal mata dan telinga serta diarea. Mungkin nafas berbunyi dan rasa sesak. Semua kesan itu membangkitkan rasa tidak selesa di kalangan kanak-kanak. Akibatnya kanak-kanak boleh meragam atau menangis berpanjangan.

Sebagaimana simptom di antara kanak-kanak itu berbeza, begitulah juga penyebabnya. Justru, adalah penting ibu bapa atau penjaganya mengenalpasti bahan-bahan yang menimbulkan alergi tersebut. Berusaha mengelak daripada bahan yang menimbulkan alergi adalah lebih baik, sekurang-kurangnya sehingga tubuh kanak-kanak itu boleh menyesuaikan dirinya.

Dalam keadaan yang teruk atau apabila ibu bapa merujuk masalah alergi kepada hospital, selalunya doktor memberikan ubat antihistamin. Bagaimanapun ianya sekadar bertujuan meredakan kesan alergi tersebut. Merekapun akan turut menyarankan agar mengelakkan daripada sebarang bahan yang menjadi alergen.

Bagi menangani masalah alergi, pengamal homeopati menggunakan penawar homeopati berserta biokimia. Di antara penawar biokimia yang digunakan termasuklah Natrum sulph, Kali sulph, Natrum mur dan Ferrum phos. Dalam proses rawatan homeopati juga, kerjasama pesakit bagi mengelakkan bahan-bahan dan persekitaran yang menimbulkan alergi itu sangat diperlukan.

Kebanyakan rawatan homeopati berkesan hanya apabila punca alergi dan keseluruhan simptom dapat dikenalpasti dan ditemukan dengan penawar yang seraksi. Jika tidak, penawar yang diberikan itu mungkin sekadar meredakan atau bersifat paliatif seperti ubat alopati.

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, 2001.  Sumber: Penyakit Kanak-kanak & Rawatan homeopati [ISBN 983-99179-4-3] Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.